Skip to main content
Pada mulanya aku rasakan dunia ini tidak adil bagi aku. Kenapa selalu dia bukan aku yang dikasihi. Kenapa hanya dia yang mereka lihat. Aku juga merupakan darah daging mereka. Kenapa bukan aku yang berada di dalam dakapan mereka. Aku yang sering membanggakan mereka namun aku juga yang mereka lupa. Aku benci dia. Dia punca segalanya.

"Amira datang sini nak, mari dekat ibu sayang.."lamunan aku terhenti. Pemikiran yang jauh ke dasar hati aku buang jauh-jauh. Bukan hak aku untuk mempersoalkan segala yang telah berlaku dengan keadaan ibu yang sebegini. Tak sanggup aku untuk meluahkan segala yang terluku di dalam hati ini.

aku sendiri sedar yang aku bukan sesiapa hanya menumpang kasih seorang ibu yang sekarang hanya dapat menggerakkan bahagian tubuh atasnya sahaja. Walaupun aku banyak membanggakan mereka namun aku sedar aku lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku sering tinggalkan ibu sendirian. Hanya pada adikku ibu meluahkan segala.

"Mira, Ibu bukan apa kalau boleh ibu nak sangat tengok mira naik pelamin. Sebelum ibu pergi buat selama lamanya. kahwin ya nak?"luah puan Siti

"Mira bukan tak nak bu, tapi ibu sendiri tahukan mira terlampau sibuk dengan kerja mana ada masa nak cari calon untuk ibu"ujarku

Setelah selesai menduduki peperiksaan SPM, aku mendapat tawaran untuk sambung belajar ke UPM dalam bidang yang aku minati iaitu sains biologi. Cita cita aku untuk menjadi seorang pakar bedah tulang berjaya dengan segala penat lelah dan usaha yang aku bekalkan sepanjang aku mendalami ilmu pendidikan ini. Namun diusia 29 tahun ini aku masih seorang anak dara yang sering menjadi kerisauan ibunya.

Bukan aku tidak mahu mencari jodoh namun bak kata orang belum sampai seru lagi.

Ibu yang terlantar di katil usangnya itu hanya boleh mengeluh kesah sahaja melihatkan kedegilan aku yang sering mencari alasan untuk mengelak daripada berbicara tentang topik ini.

"Mira, ibu bukan apa. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ibu dah tak ada dalam dunia ini. Ibu cuma nak tahu yang ada seseorang yang boleh jaga anak ibu." Puan siti melepaskan rasa yang terpendam jauh di lubuk hati.

Mira tahu niat ibu, apa apa pun ibu jangan risau.. Kalau ada jodoh tak kemana ibu. Yakin aku membalas

Ibu disana hanya tersenyum pahit mendengarkan jawapan aku

" ibu tak nak paksa amira, siapa pun ibu terima untuk dijadikan menantu." ujar puan siti lembut

"baik ibu, mira cuba yer" aku akhirnya mengalah biarlah ibu tenang dengan jawapan aku.

Setelah ibu melelapkan mata, aku terus keluar dari biliknya dan menuju ke dapur mencari adikku aka musuh dalam selimutku.

Adik.. Akak nak ke bandar sekejap.. Ibu baru je lelap. Tengok tengokkan yer.. Jangan pergi mana2.. Jelasku kepada adik yang sdang kusyuk makan di dapur

Okay akak. Balasnya lembut

Aku tahu, aku sahaja tempat untuk dia bergantung. Setelah tamat belajar di universiti dia bekerja di tadika berdekatan dengan rumah. Alasannya tiada siapa yang akan menjaga ibu. Salah aku juga sebagai anak sulung sepatutnya aku yang bertanggungjawab dalam menjaga ibuku namun aku yang banyak menyusahkan mereka.

Sebelum melangkah keluar aku gapai kunci di tempatnya dan terus ke kereta aku yang aku letakkan di bawah pokok mangga peninggalan ayah.

Hajatnya aku ingin ke pasar membeli kelengkapan rumah. Hanya ketika aku cuti ini sahaja aku berpeluang untuk melakukan semua ini.

Enjin kereta aku hidupkan dan kereta meluncur laju ke bandar.

———————— bersambung..




Comments

Popular posts from this blog

segala puji bagi Allah yang memberi kehidupan kepada setiap insan dan memberi kekuatan dalam menempuhi perjuangan hidup di dunia..walaupun kadang kadang kita sebagai manusia lupa kepadaNya namun kita tahu bahawa Dia tak pernah lupa untuk memberi nikmat kepada kita.. terjadinya dn tertubuhnya blog ini bukan untuk menceritakan tentang kisah diri yang sememangnya serba kekurangan tetapi hanya ingin berkongsi keceriaan dan menghapus kesepiaan.. bagai seribu bunga yang memekar dan seribu daun yang luruh jatuh ke bumi begitu juga dengan hati manusia kannn.. kadang-kadang terbuai mengikut perasan..