Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018
Pada mulanya aku rasakan dunia ini tidak adil bagi aku. Kenapa selalu dia bukan aku yang dikasihi. Kenapa hanya dia yang mereka lihat. Aku juga merupakan darah daging mereka. Kenapa bukan aku yang berada di dalam dakapan mereka. Aku yang sering membanggakan mereka namun aku juga yang mereka lupa. Aku benci dia. Dia punca segalanya. "Amira datang sini nak, mari dekat ibu sayang.."lamunan aku terhenti. Pemikiran yang jauh ke dasar hati aku buang jauh-jauh. Bukan hak aku untuk mempersoalkan segala yang telah berlaku dengan keadaan ibu yang sebegini. Tak sanggup aku untuk meluahkan segala yang terluku di dalam hati ini. aku sendiri sedar yang aku bukan sesiapa hanya menumpang kasih seorang ibu yang sekarang hanya dapat menggerakkan bahagian tubuh atasnya sahaja. Walaupun aku banyak membanggakan mereka namun aku sedar aku lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku sering tinggalkan ibu sendirian. Hanya pada adikku ibu meluahkan segala. "Mira, Ibu bukan apa ka...